Tahniah kerana anda terpilih menjadi pemegang eksklusif Kad Sahabat YaPEIM yang menyediakan kemudahan perkhidmatan berasaskan pendekatan serta saluran erteraskan teknologi terkini sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan di atas sumbangan yang telah anda berikan dalam menjayakan program-program amal kami.
Kami komited untuk memberi pelbagai faedah dan manfaat kepada anda sepertiperlindungan kemalangan peribadi , diskaun untuk penginapan, perubatan, dan tiket penerbangan.
Selain itu, anda boleh membuat pembelian kad-kad prabayar, membayar bil-bil, membeli tiket-tiket bas serta menghantar wang kepada sahabat anda di dalam atau keluar negara. Nikmati sehingga lima peratus penjimatan dari setiap ringgit yang secara automatik akan disimpan untuk anda dalam bentuk mata ganjaran setiap kali anda menggunakan Kad Sahabat YaPEIM.
Kami akan terus memperluas rangkaian dan perkhidmatan kami untuk menarik lebih ramai penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mempromosikan kami sebagai institusi amal jariah terulung negara yang sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
Akhir kata, gunakanlah kelebihan anda sebagai ahli Kad Sahabat YaPEIM untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan anda kerana anda adalah sahabat dan fokus kami.
Yg. Berbahagia Dr.Hj. Abdul Malek Awang Kechil Ketua Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM